Monday, February 2, 2009

Dosa Tersembunyi......

Apa kahbar sidang pembaca sekalian?
Bertemu kita di artikel yang baru dan di bulan yang baru, semua ini adalah dengan Izin tuhan yang esa. kalau tuhan tak izinkan masakan pula saya disini menulis artikel ini dan para pembaca membaca artikel ini, betul tak?

Baiklah pada isu ini, saya kita akan bercerita tentang "Dosa Tersembunyi". Pelik benar bunyi ni kan....Dosa tersembunyi. Apa itu dosa tersembunyi? ada pembaca yang tahu maksudnya? yang tahu syahbas kepada anda dan yang tak tahu maksudnya Dosa tersembunyi ialah dosa yang kita lakukan tanpa sedar. kita tak sedar yang kita tengah buat dosa. Kita sedap-sedap buat tapi esok-esok baru sedar kita buat dosa....

Antara contoh-contoh dosa tersembunyi ialah mengumpat, menghina, khianat, belot dll..
Dosa ni hampir setiap hari kita lakukan tanpa kita sedari... Dalam handphone, masa rehat kadang-kadang kita isi dengan borak-borak bersama teman dan topic tersebut selalunya untuk mengata hal orang, keburukan orang, terutama orang perempuan bagai aur dengan tebing, susah nak pisahkan macam dah adat orang perempuan, jangan marah orang perempuan tak semestinya saya tak sebut lelaki maka orang lelaki tak mengumpat, tak lelaki pun mengumpat juga cuma agak jarang berbanding orang perempuan. Betul tak orang lelaki?

Kita mesti pernah dengar peribahasa yang berbunyi demikian " Kata-kata lebih tajam dari mata pedang" dan " Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa". Sidang pembaca sekalian kadang-kadang kata-kata yang keluar dari mulut kita akan menyebabkan orang terasa, tersindir dan sebagainya. Bagi kita mungkin kata-kata itu hanya biasa sahaja atau hanya satu gurauwan semata-mata, tapi itu kita rasa, kita tak tahu mungkin kata-kata itu berbekas di hati seseorang sehingga menjadi satu dendam kepada orang itu. Oleh itu ada baiknya kita jaga setiap kata-kata yang kita tuturkan. Kerana itu mungkin satu dosa kepada kita dimana kita tak sedar akan dosa itu.

Pada pandagan saya untuk mengelakkan dosa tersembunyi ini terus berlaku, saya cadangkan agar kita menjaga setiap kata-kata serta tingka-laku kita bila berbicara, jangan terlalu syok sanggat takut hilang kawalan. Selain itu kita haruslah jangan terlalu busy body akan hal orang lain. Jika seseorang itu memberitahu akan rahsianya, baiklah kita jadi seorang yang amanah dan pandai menjaga hak serta perasaan orang lain.

akhir kata, semoga kita dapat membersihkan diri kita dari dosa tersembunyi ini kerana menumpat, menghina, mengkhianati serta memfitnah adalah satu perbuatan yang jijik dalam mana-mana agama.