Tuesday, February 23, 2010

Keputusan hari ini menentukan siapa kita diesok hari....

Salam 1malaysia kepada para pembaca yang saya hormati.

Sudah sekian lama saya menyepi diri dari menulis dalam Blog ini. Tapi entah mengapa saya tiba-tiba terpanggil semula untuk menulis. Sebelum kita berbicara tentang isi pati cerita kita, ada baiknya untuk saya bertanya kahbar.. maklumlah lama tak bersua, hehehehe.
So apakahbar para pembaca? Salam 1malaysia... rakyat didahulukan, pencapaiyan diutamakan... sokonglah gagasan 1malaysia. Hahahahah.
Baiklah, mari kita bebalik kepada apa yang ingin saya sampaikan (maaf lar intro tadi panjang sanggat). Topic kita pada kali ini ialah. “keputusan yang anda buat hari ini menentukan siapa anda esok hari”.

Pembaca yang saya hormati. Saban hari kita, tiap saat kita perlu membuat keputusan. Tak kiralah yang besar atau yang kecil. Nak makan apa hari ni pun kadang-kadang kita perlu buat keputusan. Contohnya nak makan di restaurant A atau restaurant B?. Nak lauk ayam atau ikan. Oleh itu setiap keputusan akan menentukan apa yang berlaku kemudian.

Pembaca yang saya hormati. Keputusan yang kita ambil akan memberi dua akibat umum, iaitu baik dan yang satu lagi buruk. Keputusan yang kita ambil tak akan ada 50/50. Ianya muktamad. Syukurlah jika para pembaca sedar akan kelemahan keputusan yang diambil, jika berkesempatan boleh diubah semula. Seperti pepatah melayu “terlanjak perahu boleh diundur, terlanjak kata sendiri yang tahu”. Oleh itu adalah penting untuk kita memastikan keputusan yang dibuat betul-betul, menepati kehendak, keinginan serta mengurangkan risiko.
Namun, ramai orang tak tahu bagaimana untuk membuat keputusan yg tepat. Kebanyakan orang selalunya mengikut arus... keadaan in selalunya berlaku kepada remaja... lepasan SPM. Sewaktu saya di kolej, saya selalu bertanya kepada kawan kelas saya. Mengapa mereka memilih jurusan terbabit?. Ada banyak feedback yang saya terima. Antaranya, “memang impian saya untuk berada dalam industry ini” hm.. jawapan yang baik. Namum ada pula secara spontan menjawab “saja suka-suka” atau “ikut kawan, kawan saya ambil saya pun ambil lar”. Sedih mendengarnya. Anak siapa lar tu ya?. Pak cik dan makcik diluar sana, adakah anak anda salah seorang daripadanya? Kalau ya... maka perlulah mereka ini diberi bimbigan.

Baiklah pambaca yang saya hormati. Mari kita tengok bagaimana nak membuat keputusan..
Secara amnya bila membuat keputusan ada 2 perkara utama yang perlu diambil berat. 2 perkara ini amat mempengaruhi kita bila membuat keputusan. Ini kerana secara am keputusan dibuat melalui 2 cara. Pertama melalui naluri dan yang kedua melalui logic. Kedua2 cari ini membawa keputusan yang berlainan serta akibat yg berlainan. Keputusan yang dibuat secara sedap rasa jak... selalunya membawa risiko yang tinggi berbanding secara logic. Ini kerana bila kita membuat keputusan secara logic. Kita akan mengambil kira kebarangkalian serta memproses maklumat yang ada.

Sebelum membuat keputusan perkara yang paling penting ialah apa yang kita inginkan. Kalau kita sendiri tak tahu apa yg kita inginkan bagaimana nak buat keputusan.. betul tak? Selepas itu kita kena kumpul maklumat yang berkaitan.. maklumat penting untuk memastikan keputusan yang dibuat tidak salah dan tanpa ragu. Setelah itu, matlumat tadi diproses berdasarkan keinginan kita. Perlu diingat dalam membuat keputusan para pembaca perlu tahu antara keperluan serta keinginan... kedua-dua benda ini selalunya yg buat kita keliru dan kedua-dua ini jarang seiring.. oleh itu salah satu perlu dikorbankan.

Pembaca yang saya hormati..
Dalam hidup kita ini, kita tak akan dapat lari dari membuat keputusan. Oleh itu buat lar keputusan dengan bijak serta disokong dengan logic akal.
Sekian terima kasih dan salam 1 malaysia...