Saturday, January 17, 2009

Erti KeGaGalan

Gagal. semua orang benci dengan perkataan gagal, kegagalan bererti kita tidak berupaya untuk melakukan sesuatu dengan jaya. Ia menunjukkan kelemahan kita terhadap sesuatu kerja. adakah sidang pembaca suka akan kegagalan?

Kita akan sentiasa memastikan diri kita akan berjaya dan tidak sesekali membenarkan kita gagal. Namun benarkah kegagalan itu memberi satu keburukan dalam diri kita? ada orang kata ya dan ada orang kat tidak semestinya. baiklah pembaca sekalian disini kita akan membincangkan apakah kebaikan akan kegagalan. Mungkin sidang pembaca berasa hairan dengan topik ini. Masakan pula kegagalan sesuatu perkara yang baik....(sot mungkin penulis ni)

Baiklah sidang pembaca sekalian izinkan saya mengemukakan satu soalan terlebih dahulu. soalannya berbunyi demikian, b­erapa kali kah anda pernah gagal sebelum berjaya?

sukacita saya katakan, bagi orang yang telah berjaya, sebenarnya mereka te­lah gagal banyak kali. lampu elektirk yang kita gunakan hari ini telah mengalami lebih 1000kali kegagalan sebelum ia benar-benar berjaya. Ada orang yang nak cepat saja, nak Berjaya dalam sekelip mata, orang yang demikian mungkin akan Berjaya tapi secepat dia naik, secepat itu juga dia akan turun. Ibarat nak panjat pokok, semua orang kena mula dari bawah, tak ada orang yang tiba-tiba di puncak tanpa dari bawah. Kalau ada susahla orang tu, sekali jatuh susah nak panjat balik, jatuh dari pokok mestilah sakit, luka silap hari bulan boleh terus “GOL”, jadi orang yang macam ni bila nak panjat balik terkial-kial dia nak panjat naik. oleh itu para pembaca sekalian jagan sesekali kita takut akan kegagalan kerana ia memberi kita peluang untuk melakukannya dengan lebih sempurna, kegagalan mengajar kita untuk lebih bersabar dan kegagalan mengajar kita lebih matang.

sidang pembaca pasti berfikir bagaimana memanfaatkan kegagalan? dan bagaimana menjadikan kegagalan lebih bermakna?. Sidang pembaca sekalian kegagalan boleh kita manfaatkan dan menjadikan ia lebih bermakana dengan dua cara iaitu berfikiran positif serta bertindak dengan positif. Jika kita fikir positif tetapi kita tidak berfikiran positif ibarat kita terluka dan kita sentiasa berfikiran positif yang luka itu tidak mematikan kita tetapi kita tidak bertindak dengan positif akibatnya kita mati kehabisan darah. oleh itu kita mesti bertindak dengan positif juga. Ini bermaksud kita belajar dari kesilapan yang membuat kita gagal. Dah tau cara tu salah tapi tetap juga digunakan....Ramai orang yang sedemikian, kerana malas untuk mencari kaedah-kaedah yang lebih berkesan dan malas untuk mencuba, antara alasannya takut akan risiko. Ini biasa terjadi kepada orang yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Kepada businessman and businesswomen diluar sana, dalam perniagaan risiko sentiasa wujud dan kalau kita tidak berani untuk mengambil sebarang risiko kita tidak akan Berjaya. Untuk memastikan apa yang dirancang itu Berjaya atau dengan kata lain untuk mengurangkan risiko, kita memerlukan satu perancagan yang hebat, maketing plan yang hebat dan strategi yang hebat serta maklumat yang benar-benar cukup tentang apa yang kita ingin usahakan.

kesimpulannya untuk memanfaatkan kegagalan serta menjadikan ia lebih bermakna kita perlu berfikiran positif serta bertindak dengan positif

Thursday, January 8, 2009

I hate people lie to me......

Sekali lagi kita bertemu dalam artikel saya yang kurang menariknya ini...Baiklah kali ini saya membawakan satu tajuk yang kurang juga menariknya iaitu. I hate people lie to me, atau dalam versi melayunya saya benci dengan orang menipu. Baiklah sidang pembaca sekalian izinkan saya bertanyakan soalan terlebih dahulu, soalannya begini. Pernahkah pembaca sekalian menipu?. Bagi pendapat saya tak ada seorang pun manusia dalam dunia ini tidak pernah menipu....anda setuju?



Kalau pembaca tak setuju teruskan membaca dan jika pembaca setuju teruskan membaca juga. Baiklah, jadi topik kita ialah adakah semua tipu itu salah?. Baiklah ada baiknya kita lihat dulu apakah yang dimaksudkan dengan menipu, yang terdapat dalam kamus masyarakat. Berdasarkan kamus menipu ialah, 1- memperdayakan seseorang dengan perbuatan. 2- mengatakan sesuatu yang tidak benar.



Sidang pembaca sekalian, menipu adalah lumrah dalam kehidupan kita. adalah wajar bagi kita untuk membenci orang yang menipu kita. Tetapi tidak semua tipu itu benda tak baik juga...ya ke? mungkin ada antara pembaca yang berfikiran. Teruknya penulis ni, adakah dia kata tidak semua tipu itu tidak baik...gila mungkin. Ya, tidak semua tipu tidak baik, kerana ada orang yang menipu untuk kebaikan.

Ada baiknya saya bawakan satu kisah yg kurang menarik. Ceritanya begini, pada zaman jepun dulu ada sebuah kampung yang di ketuai oleh pak penghulu yang juga merangkap sebagai ketua kampung. Pada satu hari seornag peniaga cina yang bernama Apek datang untuk berniaga di rumah pak penghulu dengan basikal tuanya...macam ada macam moving shop saja. untuk di jadikan cerita time si apek tu nak promosikan barang-barang jualannya tiba-tiba askar-askar nipon datang meronda-ronda. Untuk pengetahuan sidang pembaca sekalian orang nipon ni tak suka dengan orang cina, tak tau la kenapa...jadi bila askar nipon ni nak masuk kampung si apek ni pun gelabah la...takut jadi pak penghulu pun menyembunyikan si apek tu di dalam rumahnya. Bila askar nipo ni sampai di rumah pak penghulu, terjerit-jerit komander nipon macam ayam betina bertelur panggil pak penghulu. jadi pak penghulu dengan slambernya keluar, cool lah katakan....'ada apa yang boleh saya tolong komander?' tanya pak penghulu. komander nipon yang gendut dan sebiji macam katun doremon ni pun tanya la " pa penghuru ada nampa etu ora sina?" lalu pak penghulu pun menjawab yang dia tidak nampak orang cina. Pada hal apek tu dia sembunyikan dalam rumahnya. "pa penghuru jaran tipu sama nipon nati potong kapara" ugut komander nipon. Namun pak penghulu tetap dengan jawapannya. Maka terselamat la si apek tua tu.......Tamat..

Bagaimana cerita tadi? Bosan?...mungkin ada pembaca yang pening, macam pening-pening lalat dengan cerita tadi...mungkin ada juga pembaca yang berfikir, apa kaitannya dengan topik kita?
baiklah mari kita ke topik utama kita. Dalam cerita tadi kita lihat pak penghulu menipu kepada askar-askar nipon untuk menyelamatkan si apek dari di tangkap askar nipon. Jadi pada pendapat pembaca sekalian salahkah tindakan si pak penghulu itu? pastinya kita kata tak salah sebab dia menyelamatkan si apek tua, tetapi tindakan itu tetap di kira sebagai tipu...oleh itu terbuktilah sudah bahawa tidak semua tipu itu salah.

Persoalan seterusnya... Wajarkah kita membenci seorang kerana dia menipu kita sama ada untuk kebaikan atau keburukan? Dan layakkah kita membenci mereka?. siapa kata TIDAK teruskan bacaan dan kepada mereka yang berkata YA, anda di minta teruskan bacaan juga...

Adakah layak kita kata wajar dan layak untuk kita membenci orang yang menipu sedangkan kita juga menipu orang. Eh sorry ya, saya tak pernah menipu...ada antara pembaca yang berkata begitu?. Terus terang saya katakan dalam dunia ni tak ada satu orang pun yang tak pernah menipu. walau apa yang kita tipu itu benda baik tetapi ia tetap dipanggil sebagai TIPU...jadi kalau kita pernah menipu mana layak kita membenci orang yang menipu kita..kalau kita kata kita layak maka kita kena membenci diri kita juga kerana kita juga seornag penipu...

kesimpulannya, semua orang pernah menipu dan kita tidak layak umtuk membenci jika kita sendiri turut menipu...

sekian semoga bertemu lagi di artikel yang akan datang.
peace on you....

Kasih Sayang + Keperihatinan = Tekanan + Kebencian

Apa kahbar sidang pembaca sekalian….tajuk hari ini adalah kasih sayang dan keperihatinan akan membawa kesan tekanan dan kebencian.
Baiklah sidang pembaca yang saya hormati, pertama sekali izinkan saya bertanya kepada pembaca sekalian sama ada yang tua atau yang muda, lelaki atau perempuan,orang besar atau org kecil. Baikla soalan saya, adakah saudara/i sekalian kurang kasih sayang atau terlebih kassih sayang? tak kira la kasih sayang dari siapa, kalau yang muda kasih sayang dari kekasih lah bagi adik-adik dirumah kasih sayang dari ibu-bapa. tapi ibu-bapa nak minta kasih sayang dari siapa?????dah tua-tua ni perlu kasih sayang ke? mak cik dan pak cik diluar sana tu,hahaha sejujurnya ya tak kira lah orang tua ke orang muda ke semua nak disayang..bukan begitu ke? hahaha
baiklah kita berbalik semula ke topik utama kita,kasih sayang + keperihatinan=tekanan + kebencian,mungkin ada sidang pembaca sekalian rasa hairan dengan tajuk ni,Eh!!betul ke orang ni..kan kasih sayang tu lebih bernilai dari wang. ya saya tak nafikan setiap orang perlukan kasih sayang dan perhatian. tapi apahalnya jika kasih sayang dan perhatian itu diberi secara berlebihan? Eh..kan bagus kalau dunia ni penuh dengan kasih sayang,apa yang tak baiknya…. well saya ada kerja dulu…kite sambung sebentar lagi….
ok kita sambung lagi perbincangan kita..saya harap sidang pembaca sekalian tidak berasa bosan….teruskan membaca, sidang pembaca yang saya hormati sekalian..sejak kecil lagi kita sudah diberi kasih sayang yang secukupnya..tetapi jika kasih sayang dan keprihatinan itu dibri secara berlebihan maka anak-anak kita akan menjadi seorang yang manja,tak dengar cakap orang tua.anak buat salah mak ayah tak endah je..sampai ada yang mempertahankan anaknya yang dah ternyata salah. kenapa? sebab mak ayah dia terlalu sayang dengan anaknya…adakah ibu-ibu atau ayah-ayah diluar sana yang macam tu? ha kita sendiri faham diri kita.
sidang pembaca sekalian, kita tak salah memberi kasih sayang kepada keluarga,kawan dan yang dah ada mak we ke? pak we ke? tak salah malah digalakkan dalam apa-apa agama sekalipun kasih sayang amat dititik beratkan,namun yang menjadi salah bila saudara/i memberi kasih sayang dan perihatin yang berlebihan..macam mana berlebihan? bagi seorang kawan,kita tak boleh terlalu perihatin sehingga kita nak kawal hidupnya..semua masalah dia kita nak masuk campur.ini akn menjadi tekanan dalam diri dia malah ia boleh menjadi satu kebencian dalam dirinya,niat kita nak tolong tapi kena bertempat.hahahahah well saya sendiri ada pengalaman sedemikian..adakah saudara/i mempunyai kawan sedemikian,atau saudara/i yang demikian?kalau ya jelaskan kepada kawan anda dengan baik yang anda perlukan ruang dalam mengatur hidup anda,anda akan meminta bantuan kepadanya jika perlu.jika sebaliknya sebaik-baiknya elakkan dari terus kacau daun,sidang pembaca yang saya hormati saya faham perasaan anda bila kita sayang kepada seorang,kita nak yang terbaik buat dirinya tapi dia ada kehidupan dia sendiri dan kita kena hormat hak dirinya..
sidang pembaca sekalian,perasaan cemburu dalam perhubungan dua oarng adalah perkara biasa,baiklah saudara/i izinkan saya bertanya..adakah saudara/i selalu mengawal pasangan saudara/i? kenapa? sebab kita sayang mereka kita tak mahu orang lain kongsi kasih sayang. kalau yang mak we,tak boleh nampak pak we dia pandang wanita lain..hu! terus mendadak darah naik..mula la rasa cemburu..keadaan ini lama kelamaan akan menyebabkan pasangan saudara/i saudari rasa putus asa atau bosan dengan anda.nah!! mula la macam kucing dan anjing,hehehehe jangan mara saudara/i saya gurau je…keperihatinan yang saudara/i berikan kepada pasangan juga boleh menimbulkan rasa tertekan dalam diri mereka…semua nak jaga…dari baju hingga lah hidup..sama seperti kawan yang kita bincangkan tadi…ini tak boleh itu tak boleh…wei setiapa orang ada kehidupan dia sendiri la…so bagi ruang dalam hidupnya.
mengawal anak-anak merupakan tugas ibu bapa agar anak mereka menjadi orang yang baik. namu jika kita terlalu mengawal atau memberi keperihatianan yang berlebihan ini kan menjadikan diri mereka lemah,tak tahu nak buat keputusan sendiri dan nak harap ibu bapa je..ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian kita tak boleh memberi kasih sayang dan keperihatinan yang berlebihan..ini akan membuatkan mereka merasa hidup mereka dikawal…ada ibu bapa yang terlalu sayangkan anak sehingga calon isteri pun mak ayah yang tetapkan…ibu-bapa yang saya hormati, saya faham kenapa anda sedemikian sebab kita nak anak kita hidup dalam keadaan yang baik dan bahagia namun adakah mereka betul-betul bahagia?sebagai contoh,seekor singa betina tidak akan menjaga anaknya sehingga dewasa,kerana anak itu perlu hidup bersendirian bila dewasa..maka ia perlu belajar untuk hidup sendiri…sama dengan kita juga kita perlu biarkan anak kita menentukan hidupnya biar anak kita buat keputusan sendiri kerana satu hari nanti dia perlu hidup sendiri..tetapi saya tidak bermaksud anda tidak perlu memberi perhatian dan kasiah sayang tetapi jadi lah seorang penasihat dan pemerhati….
kesimpulanya kasih sayang ban keperihatinan seharusnya seimbang dalam berkawan,berpasangan dan berkeluarga.agar anda tidak hilang kawan,putus cinta dan anak anda menjadi orang yang lemah.