Wednesday, March 25, 2009

First step to be success?

Kejayaan……
semua orang impikan kejayaan. Semua orang tahu kejayaan itu penting, namun tak semua orang tahu bagaimana untuk Berjaya. Kita melihat semua orang Berjaya kita tertanya-tanya bagaimana mereka Berjaya, sedangkan kita semua sama seperti mereka. Kata orang untuk Berjaya kita perlu berusaha. Betul hanya dengan usaha sahaja kita boleh Berjaya. Tanpa usaha kita tak akan Berjaya.
Pembaca yang saya hormati sekalian, Disini saya sudah bosan untuk bercerita tentang usaha. Balik – balik usaha, usaha dan usaha. Oleh itu artikel kali ini saya tidak akan bercerita tentang bagaimana berusaha. Tetapi sebelum itu saya ingin bercerita tentang diri saya. Untuk makluman pembaca yang saya hormati, saya seorang yang suka berfikir mengapa, kenapa, apa dan bagaimana. Baru – baru ini saya pergi ke satu seminar di Kuala Lumpur dan bertemu ramai orang yang Berjaya. Saya kagum dengan cerita, bagaimana mereka berjaya. Kemudian saya berfikir bagaimana mereka Berjaya. Memang tepat seperti yang orang kata ‘usaha’, mereka Berjaya kerana mereka berusaha.
Para hadirin sekalian, izinkan untuk saya bertanya. Pernahkah para pembaca fikir dari mana datangnya usaha? Pastinya dari diri kita sendiri. Dan kita Tanya lagi, dari mana datangnya usaha dalam diri kita? Pastinya dari kehendak kita.
Sidang pembaca yang saya hormati. Izinkan saya bertanya sekali lagi. Bagaimana kehendak kita memandu kita untuk berusaha? Usaha kunci kejayaan, kerana tanpa usaha tidak ada kejayaan. Kehendak adalah kunci kepada usaha, tanpa kehendak kita tidak mungkin berusaha. Mestilah tak mungkin kita berusaha jika kita tak nak bukan, adakah kita akan berusaha untuk memikat seseorang kalau kehendak kita bukan pada orang itu. Tetapi dimanakah kunci kehendak? Kerana tanpa kehendak kia tak akan berusaha.
Oleh itu persoalan yang perlu kita jawab ialah dimanakah kunci kehendak? Kerana kunci kehendak inilah yang akan membuatkan kita berusaha, yang akan membuatkan kita rajin dan yang akan membuatkan kita sanggup melakukan apa saja untuk mencapai kejayaan dan impian kita.
Pembaca sekalian kunci kehendak ini sanggat unik, segala-galanya bermula dari kunci ini. Kunci ini yang akan memandu kehendak kita, kunci ini yang akan memjadi semangat kita, kunci ini yang akan memandu akal fikiran kita. Kunci ini yang akan memetapkan personality kita. Kunci ini yang akan menetapkan kejayaan kita serta menentukan siapa kita. Dan kunci ini juga merupakan raja dalam diri kita. Akal, fikiran serta otak kita dipandu oleh kunci ini.
Apakah kunci itu? Ialah………………………………

HATI






Tanpa hati yang memandu kehendak, kita tak mungkin berusaha

"Bersambung"

No comments:

Post a Comment